Thursday, January 20, 2011

Sesi 2011 telah bermula

InsyaAllah pada tahun ini PBSM akan bergerak semula setelah setahun tiada aktiviti. Untuk makluman ahli PBSM SMKPBG, Ketua Guru Penasihat tahun ini ialah Cikgu NoorAfandi Sarbawi. Jadi pelbagai aktiviti telah dirancang...Mesyuarat agung telah pun dilakukan pada 12/01/2011...semua ahli jawatan kuasa telah dilantik..diharapkan semua AJK dapat melaksanakan tugasan masing-masing agar PBSM tahun ini tidak sepi seperti tahun lepas...

Saturday, September 12, 2009



Pelajar menjalani latihan balutan asas...

Gambar-gambar pelajar PBSM 2009

Ni bukan nak tolong orang tapi nak cederakan lagi...macam-macam gelagat pelajar nak tolong org. ketika sesi latihan bantuan bencana alam

Sunday, April 19, 2009

Jawapan Kertas 2 (Bahagian B)


Berdasarkan gambar di atas, tuliskan karangan tidak lebih 120 perkataan.


KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN


Contoh Jawapan:


Ilmu sangat penting kepada semua orang terutamanya kepada pelajar sekolah. Pelajar boleh mendapat ilmu di mana-mana sahaja.Oleh itu, kita perlu tahu kaedah yang sesuai untuk belajar supaya kita dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

Antara kaedah yang sesuai untuk belajar iaitu belajar dalam kumpulan. Kaedah ini boleh membantu kita kerana kita boleh berbincang dengan rakan-rakan tentang topik yang tidak difahami.

Selain itu, kaedah bertanya kepada guru adalah sangat efektif. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Kaedah ini haruslah diamalkan supaya kita tidak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Di samping itu, mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru juga merupakan satu kaedah yang harus kita amalkan. Hal Ini kerana kita akan dapat mengingati topik yang telah diajar kepada kita. Kedah ini boleh dilakukan pada masa lapang.

Kesimpulannya sebagai pelajar, kita harus mengamalkan kaedah belajar yang betul untuk mendapat ilmu yang maksimum.

(120 patah perkataan)

Sunday, April 12, 2009

Teknik Menjawab PMR (Novel)

Teknik Menjawab Soalan
Bahagian D (Novel)
Masa cadangan : (10 minit)

Contoh Soalan:

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji sama ada:

Merdeka! Merdeka !
Kapten Hassan Wira Bangsa
Aku Anak Timur

Setiap novel mempunyai nilai yang boleh diteladani.
Berdasarkan novel yang anda kaji, berikan tiga nilai berserta contoh yang berkaitan.


Cadangan Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka! Merdeka! karya A. Rahman Hanapiah. Dalam novel ini terdapat beberapa nilai yang boleh diteladani.

Antara tiga nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai keberanian, contohnya Kudin telah melibatkan dalam penentangan penganas komunis dan penjajah British ketika usia yang masih muda.

Selain itu, nilai yang kedua ialah nilai cinta akan negara, contohnya walaupun baru berusia 15 tahun, Kudin dan Dato’Onn telah menyeru raja-raja dan penduduk Tanah Melayu menolak penubuhan Malayan Union agar Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British.

Seterusnya nilai yang ketiga ialah nilai bekerjasama, contohnya Kudin, Pak Awang, dan penduduk Kampung Teras Jernang telah bersama-sama bekerjasama mendirikan kubu pertahanan dan mempertahankan kampung mereka daripada serangan pihak komunis.